Penglibatan pelajar lahir sifat keberanian

Oleh Salawati Haji Yahya

TEMBURONG, 19 FEB – Sempena Hari Membaca Lantang Sedunia yang diraikan setiap 5 Februari, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Temburong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah mengadakan beberapa aktiviti baru-baru ini bagi menanam budaya gemar membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Aktiviti yang berlangsung di Ruang Muda-Mudi dan Kanak-kanak, perpustakaan tersebut itu turut melibatkan seramai 26 pelajar dari Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar dan Sekolah Rendah Pai Yuek termasuk guru pengawas.

Antara aktiviti yang diadakan termasuk ‘Teka Siapa Saya’ dan ‘Read and Action’ yang mana pendedahan dan penglibatan seumpamanya dapat mewujudkan sifat keberanian, kepercayaan dan membantu membina keyakinan diri pelajar dalam menguasai dan mempelajari cara untuk membuat watak sendiri.

Antara aktiviti yang disertai oleh pelajar semasa di DBP Temburong sempena Hari Membaca Lantang Sedunia. – Gambar oleh Haji Amirul bin Haji Sulaiman