Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Penglibatan wanita dalam dasar alam sekitar masih rendah

    BANGKOK, 9 MAC – Wanita masih kurang terlibat dalam hal membuat keputusan untuk alam sekitar, menurut United Nations Women dan menyifatkan penyertaan golongan itu penting untuk dasar serta amalan pengurusan sumber asli yang lebih berkesan.

    Laporan –‘Women and the Environment: An Asia-Pacific Snapshot’, yang dilancarkan hari ini menyatakan, dianggarkan 18 peratus negara di Asia dan Pasifik mempunyai menteri wanita untuk alam sekitar, manakala hanya enam peratus mempunyai menteri wanita untuk perikanan.

    Ini telah mengehadkan pengaruh wanita terhadap dalam membuat keputusan termasuk strategi pemuliharaan.

    “Menggalakkan penyertaan wanita dalam membuat keputusan alam sekitar dalam negara boleh memberi kesan kepada dasar dan amalan pengurusan sumber asli,” menurut laporan itu.

    Selain itu, penyertaan wanita dalam perbincangan global juga penting tetapi penglibatan mereka masih sangat rendah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...