Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengorbanan anak sulung

    “INGAT senang ke nak jadi anak pertama ini. Orang senanglah kata ada banyak kelebihan anak sulung. Tapi, yang peritnya bukan orang pandang. Senang-senang anggap kita ‘bossy’ dan pentingkan diri.”

    Bagi adik-adik, mungkin mereka mencemburui banyak kelebihan anak sulung. Contohnya, anak sulung akan didahulukan dalam pelbagai perkara – mereka dapat memandu kereta terlebih dahulu, mereka dapat pegang ‘handphone’ dulu, dan mereka selalu mempunayi ‘kuasa’ terhadap adik-adik apabila ibu bapa tiada. Malah, anak pertama dalam keluarga dianggap menerima kasih sayang yang melimpah daripada ibu bapa. Apatah lagi, sesetengah mereka telah dinantikan kehadirannya selama bertahun-tahun lamanya.

    5 pengorbanan anak sulung yang kita selalu terlepas pandang

    Walaupun ibu bapa sentiasa cuba berlaku adil, ramai yang mengaku bagaimana mereka akan berubah daripada seorang ibu atau bapa yang ‘garang’ kepada seorang yang lebih ‘lembut’. Perubahan ini biasanya berlaku apabila usia mereka semakin bertambah. Sebab itulah kadangkala ada pengorbanan anak sulung yang kita terlepas pandang.

    1-Ibu bapa lebih tegas dangen anak sulung

    “Masa kakak dulu, Mak Ayah asyik marah saja kalau tengok televisyen. Sekarang ini, senang-senang saja adik dapat tengok YouTube di telefon pintar.” Masa pertama kali jadi ibu bapa, secara semulajadinya mereka akan lebih bersemangat dan mahu melakukan yang terbaik. Mungkin juga kerana faktor usia yang masih muda ketika itu.

    Bagi adik-adik, mungkin mereka mencemburui banyak kelebihan anak sulung. Malah, anak pertama dalam keluarga dianggap menerima kasih sayang yang melimpah daripada ibu bapa. Namun pengorbanan anak sulung ini sering diabaikan.

    2-Anak sulung jadi ‘bahan eksperimen’

    Faktor ini juga berkait rapat dengan fakta di atas. Di kala ibu bapa belum mahir mengendalikan anak-anak, maka banyaklah kesilapan yang dilakukan apabila pertama kali mencuba. Dari segi pemilihan makanan, pakaian, taska, dan barang mainan – mereka akan selalunya akan mengambil masa yang paling lama untuk pilih yang terbaik. Namun disebabkan kurang pengalaman, tentulah ada sesetengahnya yang tidak menjadi dan tidak sesuai dengan minat atau kemahuan mereka. Tapi ketahuilah ibu bapa anda sendiri sedang belajar dan ketika itu memang itulah tahap terbaik yang mereka dapat lakukan untuk anda!

    3-Anak sulung perlu menjadi contoh

    Ramai anak sulung mula berasa tertekan apabila mereka mula bersekolah. Mana tidaknya, mereka rasa ‘perlu’ menjadi contoh yang baik buat adik-adik mereka.

    Maka, ramai antara mereka ini membesar menjadi seorang ‘perfectionist’. Seperti yang dinyatakan oleh laman web Parents.com, tingkah laku ini juga terjadi kerana mereka membesar dengan meniru kelakuan ibu bapa, iaitu orang dewasa. Maka, mereka mempunyai kecenderungan untuk berbuat apa yang orang dewasa buat, bukannya kanak-kanak.

    Menariknya, kelebihan anak sulung ini mendorong mereka untuk cemerlang dalam kehidupan, LiveScience juga menyokong fakta ini dengan merungkaikan bahawa di kalangan 23 angkasawan NASA, 21 daripada mereka adalah anak sulung dan dua orang lagi adalah anak tunggal.

    4-Anak sulung mengalah untuk adik

    Setelah lahirnya anak kedua atau ketiga, ada anak pertama sering berkecil hati dan cemburu. Kini, mereka terpaksa berkongsi kasih sayang ibu bapa dan tidak lagi mendapat perhatian seratus peratus seperti dahulu. Mereka diajar untuk menyayangi dan mengasihani adik walaupun pada hakikatnya kadangkala emosi mereka masih belum bersedia.

    Inilah salah satu punca ‘sibiling rivalry’ atau pergaduhan adik beradik yang selalu berlaku akibat cemburu. Dalam hal ini, biasanya yang sulung akan diminta oleh ibu bapa untuk mengalah. Malah, memang selalu kita dengar kisah di mana abang dan kakak sanggup mengorbankan masa dan persekolahan demi membantu kedua ibu bapa menyara keluarga, bukan? Ada kalanya ibu bapa tak menyuruh pun si sulung mengalah, tapi atas rasa tanggungjawab, mereka akan berbuat demikan secara semulajadi.

    5-Anak sulung selalu dipersalahkan

    Dalam kebanyakan hal, memang mereka akan dipertanggungjawabkan untuk menjaga adik-adik. Mungkin ada adik beradik yang merungut dan menggelar mereka ‘bossy’. Tapi, tahukah anda bahawa tanggungjawab ini bukanlah satu keistimewaan tetapi juga ‘beban’? Sebaliknya, mereka boleh dipersalahkan dan dihukum apabila tidak dapat menjalankan tanggungjawab mengikut kehendak ibu bapa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda