Pengorbanan petugas barisan hadapan dikenang

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPT – Sebagai tanda menghargai jasa petugas barisan hadapan bagi menangani penularan COVID-19 di negara ini, Suruhanjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam telah memberikan sumbangan berupa 50 set makanan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

Hadir bagi menyampaikan sumbangan makanan berkenaan petang tadi ialah Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona. Turut hadir ialah Pemangku Ketua Eksekutif Gred Khas Hospital RIPAS, Awang Abdol Haziz bin Haji Ahad.

Ketika dihubungi Media Permata, beliau menjelaskan bahawa sumbangan berupa set makanan dari Haggs Kitchen  merupakan tanda penghargaan atas perjuangan keras yang telah diberikan oleh para petugas barisan hadapan selama ini. 

PYT Nahida Rahman Shumona semasa menyerahkan sumbangan kepada Awang Abdol Haziz baru-baru ini. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Negara Brunei Darussalam