Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pengsan bukan gejala Long COVID

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Terdapat beberapa gejala daripada kesan Long COVID dan antara gejala itu sama ada di bahagian kepala seperti sakit kepala, susah hendak fokus dan di bahagian dada, ada kalanya merasa penat, sesak nafas dan degupan jantung bergerak pantas.

    Di Negara Brunei Darussalam, perkara ini bukan masalah besar dan ini mungkin disebabkan peratus kadar vaksinasi yang tinggi dan berkemungkinan mereka yang telah divaksinasi kurang mengalami sindrom Long COVID tetapi pengsan bukan sebahagian daripada gejala Long COVID.

    Perkara itu dijelaskan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) di Kementerian Kesihatan, Dr Ang Swee Hui semasa menjawab soalan sama ada pengsan boleh menjadi gejala Long COVID, yang diajukan semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Walau bagaimanapun, jelasnya, pihak kementerian sedang memantau keadaan dan sekiranya ia menjadi isu dan penyediaan perkhidmatan untuk menangani perkara itu secara khusus mungkin akan disediakan tetapi pada masa ini ia bukanlah masalah besar di negara ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...