WASHINGTON, 7 JAN – Seorang pengulas televisyen Amerika Syarikat (AS) memohon maaf kelmarin selepas kekecohan berikutan Kevin Porter Jr. yang memenangi perlawanan NBA melalui jaringan tiga mata untuk Houston Rockets menentang Washington Wizards.
Penganalisis NBC Sports Washington, Glenn Consor dikecam di seluruh media sosial kerana kenyataannya pada Rabu, yang kelihatan mengungkit sejarah silam gelap mendiang bapa Porter.
“Awda perlu memberi pujian,” kata Consor semasa siaran. “Kevin Porter Jr., seperti bapanya, membuat jaringan tepat pada masa yang sesuai.”
Bapa Porter Jr., Bryan Kevin Porter Sr., mengaku bersalah melakukan pembunuhan beramai-ramai kerana menembak mati seorang gadis berusia 14 tahun pada 1993 dan menghabiskan lebih empat tahun di penjara.
Consor berkata dalam kenyataannya di laman media sosial kelmarin mengatakan bahawa dia telah membuat kesilapan dengan mempercayai Kevin Porter Jr. adalah anak lelaki kepada bekas pemain Washington, Bullets Kevin Porter. – AFP