PHNOM PENH – Artifisial milenium lama Kemboja yang dipamerkan di rumah pengumpul Jepun selama dua dekad telah dikembalikan ke Muzium Nasional Negara Asia Tenggara.
85 artifak ini kebanyakannya barangan gangsa kecil dan termasuk patung-patung Buddha serta Patung Shiva termasuk balang, seramik dan barangan kemas. Kementerian Kebudayaan Kemboja mengatakan bahawa beberapa barangan itu dianggarkan berusia lebih tua daripada Zaman Angkor, yang bermula sekitar 800 A.D. Manakala yang lain pula berasal dari era Angkor atau sesudah berakhirnya abad yang ke-14.
Kemboja telah berusaha keras bagi mendapatkan artifak yang dijarah semasa perang saudara pada tahun 1970an. Sambutan rasmi bagi menyambut kedatangan artifak itu diadakan baru-baru ini di mana, Prak Sonnara, Setiausaha Negara, Kementerian Kebudayaan dan Seni Rupa, memuji pengumpul dari Jepun itu kerana mahu mengembalikan artifak itu secara sukarela. Dia berkata bahawa tindakannya itu boleh dijadikan contoh yang baik bagi negara-negara lain dan pengumpul-pengumpul barangan sejarah.
Bermula dari suami
Pengumpul, Fumiko Takakuwa memberitahu pemberita selepas majlis penyerahan bahawa dia telah membeli barangan itu di Jepun dan suka mengumpulnya serta mempamerkannya di rumah mereka sendiri. Namun setelah mengetahui bahawa barangan itu berasal dari Kemboja, dia terus mengembalikan barangan itu ke negara asalnya. Prak Sonnara berkata bahawa 85 barangan bersejarah itu dipercayai telah dicuri dari kuil Kemboja semasa peperangan kemudian barangan tersebut di seludup keluar melalui negara jiran, Thailand.
Pada tahun 2014, tiga patung berusia 1000 tahun yang menggambarkan mitologi Hindu telah dipulangkan ke Kemboja selepas dijarah dari sebuah kuil dan dimasukkan ke dalam koleksi seni Barat. Pada tahun 2013, dua buah patung Kemboja abad ke-10 yang dipamerkan selama hampir dua dekad di Muzium Seni Metropolitan New York telah dikembalikan ke tanah air mereka dalam kes berprofil tinggi yang didakwa artifak dicuri. – AP

