Pengundian awal pilihan raya Iraq bermula

BAGHDAD, 8 OKT – Pusat pengundian bagi pilihan raya umum Iraq mula dibuka pada hari ini untuk pengundi awal terdiri anggota pasukan keselamatan, pencari suaka dan banduan.

Pihak berkuasa menguatkuasakan kawalan keselamatan yang ketat di semua pusat mengundi untuk mencegah serangan pengganas, menurut agensi Anadolu.

Kenderaan tentera ditempatkan di hadapan pusat mengundi dan kawasan sekeliling pusat itu turut dipasang kawat duri. Pengundi tidak dibenarkan membawa masuk telefon bimbit ke dalam tempat mengundi.

Iraq mempunyai 24 juta pengundi berdaftar. Rakyat akan mula mengundi pada Ahad ini. – Bernama