Tuesday, October 4, 2022
27.6 C
Brunei

Pengundian calon penghulu Mukim Kilanas bermula

-

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OGOS – Pengundian dan pemilihan calon penghulu Mukim Kilanas telah bermula hari ini di Dewan Kemasyarakatan Mukim Kilanas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), pengundian dan pemilihan bagi calon tunggal, Awang Mahri bin Latif itu telah dilaksanakan dengan menggunakan dua kaedah iaitu secara kaunter (walk-in) dan kertas undi serta melalui aplikasi mudah alih.

Pengundian menerusi kaunter dan menggunakan kertas undi berlangsung selama dua hari, 19 dan 21 Ogos yang mana pendaftaran sebagai pengundi boleh dibuat melalui pemangku-pemangku ketua kampung di Mukim Kilanas dengan tarikh tutup pendaftaran pada 21 Ogos.

Pendaftaran juga boleh dibuat semasa majlis pengundian dan pemilihan calon dan pengundi diingatkan untuk membawa kad pengenalan asal serta kad lesen memandu bagi penduduk yang terdiri daripada anggota pasukan beruniform.

Manakala itu, untuk undian melalui aplikasi mudah ahli iaitu E-Undi PMKK dibukakan selama tiga hari, bermula hari ini sehingga 21 Ogos dengan pendaftaran telah pun ditutup pada 18 Ogos lalu.

Penduduk Mukim Kilanas yang belum berpeluang untuk membuat pemilihan dan mengundi bagi calon berkenaan masih lagi berpeluang untuk mengundi dan mendaftar pada 21 Ogos.

Salah seorang penduduk kampung memasukkan kertas undian ke dalam kotak undi yang disediakan pada majlis itu.
Antara penduduk kampung yang hadir membuat pendaftaran sebelum proses undian.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -