Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pengundian ketua Kg Labi II

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 2 OKT – Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Labi II, Mukim Labi telah diadakan hari ini di Bangunan Jabatan-jabatan Kerajaan Mukim Labi, Daerah Belait.

    Majlis menyaksikan 70 daripada 91 pengundi bersetuju supaya Awang Muhammad Nurazri bin Haji Abdul Mustafah dilantik bagi jawatan itu.

    Pengundian pada hari ini menggunakan kaedah kertas undi, manakala itu, pengundian menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK telah bermula pada 30 September lalu.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed dan Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Mohd Amirol Hadi bin Haji Mohd Tajudin.

    Awang Muhammad Nurazri, 31, merupakan calon tunggal yang layak bagi jawatan itu dan pada masa ini memangku jawatan ketua Kampung Labi II.

    Beliau berkelulusan Ijazah Perguruan Ugama (Syariah) dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

    Di samping itu, beliau juga berpengalaman dalam bidang keagamaan dan pernah dilantik sebagai pelapis imam dan bilal secara sementara.

    Seramai 91 orang penduduk kampung yang berdaftar dan layak mengundi telah membuang undi, di mana daripada jumlah tersebut, seramai 70 orang bersetuju dan 19 orang tidak bersetuju, manakala dua undi rosak.

    Keputusan pengundian berkenaan akan dibawa dan digunakan dalam menyediakan sokongan yang mana seterusnya dihadapkan kepada Lembaga Perjawatan, Disiplin, Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses yang selanjutnya.

    Gambar Awang Muhammad Nurazri yang merupakan calon tunggal bagi jawatan ketua Kampung Labi II.
    Kiraan undi sedang dijalankan semasa majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...