Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pengunjung bertuah Jerayawara Mitsubishi terima hadiah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Lima pengunjung Jerayawara Mitsubishi yang berlangsung di Centre Atrium, The Mall, Gadong telah menerima hadiah wang tunai $100 setiap orang setelah dipilih sebagai pemenang bertuah Cabutan Bertuah Snap & Win.

    Para pemenang ialah Dayang Aleesya Azra binti Sahardday Izhar, Dayang Nazietul Syzhani binti Haji Ismail, Dayang Fauziah binti Matjin, Dayang Wajihah binti Muhd Najmi dan Dayang Nurul Aqilah binti Awang Zakaria.

    Majlis cabutan dan penyampaian hadiah telah diadakan pada hari terakhir jerayawara berkenaan, hari ini, di mana cabutan nama pemenang telah dibuat oleh Pengarah GHK Motors, Jake Goh, dan Pengurus Besar, Bahagian Jualan Mitsubishi, Au Thein Kiong.

    Cabutan bertuah berkenaan adalah salah satu aktiviti jerayawara selama lima hari tersebut di mana pengunjung dialu-alukan untuk mengambil gambar mana-mana kereta Mitsubishi pada jerayawara tersebut dan memuat naik ke akaun Instagram mereka dengan tag
    @mitsubishimotors.bn dan #mitsubishiroadshowbn pada kapsyen mereka.

    Jake Goh dan Au Thein Kiong bergambar ramai bersama para pemenang bertuah. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...