Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pengunjung Disney Shanghai terkurung dalam taman

    BEIJING, 1 NOV – Pengunjung ke Taman Disneyland Shanghai secara sementara dihalang daripada meninggalkan taman itu ketika saringan virus dilanjutkan kepada lebih 400,000 orang, pihak berkuasa perbandaran itu mengumumkan hari ini.

    Taman itu ditutup semalam bagi kakitangan dan pengunjung, kata Walt Disney Co dan kerajaan dalam satu kenyataan berasingan.

    Biro kesihatan bandar itu mengatakan semua pengunjung diuji negatif dan dibenarkan meninggalkan taman itu pada 8:30 malam.

    Tiada butiran kemungkinan penularan dikeluarkan, namun 1.3 juta penduduk di pusat bandar Yangpu diarahkan untuk kekal di rumah mula Jumaat lalu bagi saringan virus.

    Kerajaan Presiden Xi Jinping kekal dengan strategi tegas ‘Sifar COVID’ yang menutup kebanyakan bandar Shanghai dan bandar-bandar lain tahun ini untuk mengasingkan setiap kes meskipun negara-negara lain dunia sudah pun melonggarkan kawalan antivirus.

    Pihak berkuasa di wilayah selatan Macau turut menjalankan saringan virus ke atas semua 700,000 penduduknya selepas satu kes dikesan minggu lalu.

    Jurucakap kementerian luar, Zhao Lijian memberitahu wartawan dia ‘tidak menyedari apa yang disebutkan’ apabila ditanya mengenai khabar angin pengurungan pengunjung.

    Dalam pada itu, pihak berkuasa perbandaran merayu mereka yang pernah mengunjungi Taman Disney Shanghai sejak Khamis, untuk menjalani ujian saringan dan mengelak perhimpunan kumpulan.

    Disney semalam mengatakan sebahagian taman tema itu ditutup kerana peraturan antivirus namun tidak memberikan petunjuk apa yang ada di dalamnya. Hanya hotelnya yang masih beroperasi. – AP

    Gambar dikeluarkan MiaoMiao, pengawal keselamatan yang mengawal pintu masuk Taman Disneyland Shanghai dihalang secara sementara daripada meninggalkan taman itu ketika ujian saringan diperluaskan kepada 400,000 orang, menurut pengumuman pihak berkuasa perbandaran. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...