ROM, 4 OGOS – Sekurang-kurangnya tiga orang cedera, seorang daripada mereka parah, apabila petir melanda pantai yang penuh dengan pelancong di pantai Adriatik Itali kelmarin, menurut laporan berita.
Petir tersebut melanda sebahagian pantai berhampiran Alba Adriatica, di wilayah tengah Abruzzo, sejurus selepas tengah hari, menurut laporan tersebut, yang menganggarkan jumlah orang yang cedera antara tiga hingga tujuh orang.
Gambar yang dimuat naik di media sosial menunjukkan pekerja kecemasan berkerumun di sekeliling seorang wanita yang kelihatan berada di atas pengusung di pantai.
Agensi berita Itali, ANSA melaporkan bahawa salah seorang yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan dengan menggunakan helikopter. – AFP