Sunday, October 2, 2022
24.1 C
Brunei

Pengurangan langkah kawalan masih dinilai

-

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 SEPT – Jawatankuasa COVID-19 sedang menilai jika langkah-langkah kawalan yang dilaksanakan pada masa ini iaitu penggunaan pelitup muka dan ujian pantas antigen (ART) bagi sekolah-sekolah dapat dikurangkan.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar ketika mengulas persoalan mengenai pengurangan langkah kawalan di sekolah semasa Sidang Media COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

Beliau menerangkan kes jangkitan COVID semakin menurun dan dengan liputan vaksinasi dos penggalak di tahap yang tinggi, dan pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat jika terdapat sebarang terdapat perubahan pada langkah kawalan yang dilaksanakan bagi sekolah-sekolah.

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -