KUALA LUMPUR, 20 MEI – Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) terus diburu kebimbangan apabila terkini Pengurus Besarnya pula disahkan positif COVID-19 pada Selasa.
Presiden KOM Datuk SM Muthu berkata pejabat persatuan telah ditutup serta-merta selama 14 hari dan beroperasi dari rumah sementara tiga kakitangan sedang menunggu keputusan ujian saringan.
Dua hari lepas, Bernama melaporkan ketua jurulatih skuad olahraga kebangsaan Mohd Manshahar Abdul Jalil, isteri dan anak lelakinya disahkan positif COVID-19 pada Sabtu. – Bernama