Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pengurus Madrid dijangkiti COVID

    MADRID, 30 MAC – Carlo Ancelotti telah disahkan positif dijangkiti COVID, pengumuman tersebut dibuat oleh Real Madrid hari ini, dengan pengurus warganegara Itali itu berkemungkinan besar akan terlepas perlawanan La Liga menentang Celta Vigo pada Sabtu nanti.

    Pengendali berusia 62 tahun itu menunjukkan gejala ‘sangat ringan’, sumber Real Madrid mengesahkan, dengan kelab yakin Ancelotti akan kembali tepat pada masanya untuk pertemuan suku akhir Liga Juara-Juara menentang Chelsea di Stamford Brigde minggu hadapan.

    Ancelotti akan kembali sebaik sahaja dia tidak menunjukkan sebarang gejala. Ketika ini dia menjalani pengasingan diri di rumah untuk mengurangkan risiko jangkitan di kelab tersebut, meskipun protokol di Sepanyol tidak lagi mewajibkan mereka yang positif untuk mengasingkan diri.

    Ancelotti besar kemungkinan akan terlepas mengendalikan perlawanan menentang Celta Vigo, dengan anak lelakinya dan pembantu, Davide, bersedia untuk menggantikan dia di tepi padang.

    Kunjungan Real Madrid ke Vigo sangat penting menjelang perlawanan besar bertemu Chelsea, selepas kekalahan Madrid kepada Barcelona sebelum rehat perlawanan antarabangsa.

    Satu lagi kekalahan akan memberikan harapan baharu kepada Sevilla dan Barca dalam perebutan gelaran La Liga, meskipun Madrid mempunyai kelebihan sembilan mata di hadapan di puncak liga.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...