Pengurus Wales kagum prestasi Bale

LONDON, 24 OGOS – Gareth Bale ‘mempunyai segalanya yang diperlukan’ sejak kembali ke Real Madrid, sekali gus meningkatkan semangat bagi Wales menjelang perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022, menurut pengurus pasukan kebangsaan Wales, Robert Page.

Bale kembali menjadi pemain utama di Real yang dikendalikan oleh Carlo Ancelotti, selepas dihantar secara pinjaman ke Tottenham Hotspur oleh Zinedine Zidane dan menjaringkan gol semasa Real terikat 3-3 menentang Levante pada Ahad lalu.

Gol tersebut merupakan yang pertama dijaringkannya di La Liga sejak September 2018.

Prestasi Bale ketika ini sangat penting bagi perlawanan persahabatan Wales menentang Finland diikuti dengan perlawanan kelayakan bertemu Belarus dan Estonia bulan depan. – AFP