Pengurusan pusat vaksinasi perlu teratur

Baru-baru ini saya mendapatkan suntikan vaksin di Pusat Vaksinasi Stadium Negara, namun agak terkejut dengan keramaian orang pada masa itu dan pendekatan yang diambil untuk memastikan keadaan terkawal.

Ya, mungkin ramai yang sudah memakai pelitup muka, tetapi yang agak saya kesali ialah masih ramai yang sukar mengamalkan penjarakan fizikal, sehingga saya sendiri merasa risau dan bertindak menegur agar orang di belakang menjauh daripada saya. Virus boleh sahaja menjangkiti jika tidak mengamalkan tiga perkara utama ini; pelitup muka, penjarakan fizikal dan kebersihan atau sanitasi.

Dan selepas masuk, tempat duduk pula tidak teratur kerana bahagian di depan sahaja ada bertulis dengan kertas untuk penjarakan fizikal, tetapi masih kurang difahami kerana ada yg dua buah kerusi jaraknya dan ada yang satu kerusi sahaja. Saya kira jika dilekatkan pemberitahuan pelbagai bahasa sebelum orang ramai ke tempat duduk, adalah lebih baik dan mudah difahami. Terdapat ramai yang berkumpul di luar tanpa amalan penjarakan fizikal.

Diharap pengaturan di sana atau mana-mana tempat vaksinasi lain, swab atau lain-lain boleh diperbaiki lagi. Kita tidak mahu ada kluster tempat vaksinasi pula kelak.

Ijap eh