Monday, March 27, 2023
21.9 C
Brunei

-

Pengurusan sekuriti dan keselamatan semasa perlawanan perlu dititik berat

Pergaduhan semasa bersukan bukan sahaja berlaku baru-baru ini, namun ia pernah terjadi beberapa kali sebelum ini.

Kejadian seperti itu bukan hanya merosakkan semangat kesukanan, malahan membahayakan para pemain dan penonton.

Baru-baru ini tular di media sosial insiden pergaduhan berlaku semasa kejohanan futsal yang membabitkan kedua-dua pasukan.

Sehubungan itu, saya menyeru pihak relevan memberikan perhatian serius dan menanganinya segera bagi memastikan keselamatan semua yang terlibat.

Antara yang boleh dilakukan ialah menyemai kesedaran dan pendidikan melalui budaya sukan yang sihat dan menggalakkan tingkah laku yang baik daripada awal lagi kerana ia adalah salah satu cara untuk mengurangkan pergaduhan semasa perlawanan.

Di samping itu, saya berharap pihak relevan memainkan peranan penting mengendalikan keadaan dan bertindak sewajarnya. Pengadil dan pihak berkuasa sukan pula hendaklah memantau keadaan agar pergaduhan tidak berlaku. Kita ingin mengelakkan peristiwa sama seperti di Indonesia.

Haji Mulok

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -