Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pengurusan tenaga manusia lebih baik

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Dalam ucapan penangguhan persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang disampaikan oleh Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad, hari ini menyentuh beberapa perkara mengenai dengan pengurusan tenaga manusia yang lebih baik bagi semua sektor di negara ini, baik di sektor kerajaan, swasta, GLC, mahupun gig ekonomi atau bekerja sendiri.

    Dengan kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam penambahbaikan telah dibuat ke atas sistem persaraan Tabung Amanah Pekerja, serta fokus yang diberikan oleh kerajaan Baginda ke atas pembelajaran sepanjang hayat bagi semua, seperti Talian Pimpinan Perkhidmatan Awam serta program-program upskilling dan reskilling.

    Yang Berhormat Awang Iswandy juga mengetengahkan mengenai isu memangku, isu pengkajian semula tangga gaji penjawat-penjawat awam, isu kesihatan mental, stimulus dan bantuan-bantuan kepada sektor yang terjejas kerana COVID-19, isu cuti yang bersesuaian dan yang diperlukan serta isu hari serta waktu bekerja yang bertepatan dengan keperluan negara pernah juga dibahaskan.

    Turut dilihat ialah gaji minimum progresif yang ditunggu-tunggu perlaksanaannya bagi mengupayakan lagi sektor swasta. Jentera perkhidmatan awam ini, serta pekerja-pekerja sektor swasta haruslah ditadbir dengan baik, kerana modal insan ini merupakan sumber utama. Di samping sumber dari alam semula jadi yang dikurniakan oleh Allah SWT di bumi Darussalam.

    Perkara kedua yang diketengahkan ialah mengenai kenaikan harga barang dan struktur gaji. Menurut penyata dasar kedua pada tahun 2021 yang diterbitkan oleh Bank Pusat Brunei Darussalam, pandemik COVID-19, terus menaikkan harga daging, sayur-sayuran, minyak masak dan kenderaan bermotor dalam sembilan bulan pertama 2021, dengan indeks harga pengguna (CPI) meningkat 1.7 peratus dan dijangka harga barangan akan terus meningkat dengan negara menghadapi gelombang ketiga ini.

    Yang Berhormat Awang Iswandy semasa bercakap di permesyuaratan MMN di Dewan Majlis. – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...