Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pengusaha Agrimakanan luaskan jaringan niaga

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Bahagian Industri Agrimakanan dan Pengurusan Akses Pasaran, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, kelmarin, telah mengadakan acara Hari Pengusaha Agrimakanan yang bertemakan ‘Industri Agrimakanan Menjana Pertumbuhan Ekonomi Negara’.

    Acara yang berlangsung di ibu pejabat Jabatan Pertanian dan Agrimakanan itu telah dirasmikan oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong selaku tetamu kehormat majlis.

    Pada acara tersebut, Yang Berhormat Dato juga telah menyampaikan Sijil Pengusaha Cemerlang kepada syarikat-syarikat yang berjaya mencapai peningkatan pengeluaran yang cemerlang pada 2021.

    Lima buah syarikat menerima sijil tersebut iaitu PDS Abattoir Sdn Bhd, BMC Food Industries Sdn Bhd dan Ideal Food Industries Sdn Bhd bagi kategori produk hasilan ternakan, manakala Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd penerima sijil di bawah kategori produk hasilan tanaman, dan Kingston Beverage dan Creamery Sdn Bhd iaitu pengusaha produk aiskrim, di bawah kategori lain-lain makanan dan minuman proses.

    Acara berkenaan bertujuan untuk menghargai pengusaha-pengusaha agrimakanan yang telah banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara Brunei Darussalam.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bergambar ramai bersama penerima sijil penghargaan.
    Yang Berhormat Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan menyaksikan produk yang dipamerkan pada salah satu petak peserta.

    Selain itu, ia dapat digunakan sebagai platform kepada pengusaha-pengusaha agrimakanan tempatan bukan sahaja bagi yang sudah lama bertapak dalam industri ini malahan juga pengusaha baharu yang memulakan perusahaan untuk memperluaskan perniagaan dan pemasaran produk mereka dengan mempromosikan produk-produk yang dikeluarkan.

    Antara aktiviti yang diadakan pada acara tersebut termasuk pameran dan jualan produk pengusaha tempatan, tunjuk cara mempelbagaikan penyediaan produk-produk pengusaha dan aktiviti pemadanan perdagangan antara pengusaha dengan pembekal bahan mentah (peladang dan penternak) dan peruncit.

    Bagi pameran dan jualan produk pengusaha tempatan, 17 syarikat telah menyertai aktiviti pameran dan jualan produk-produk yang diusahakan seperti sosej ayam, produk ayam rendang dalam tin, sos cili, aiskrim, jus, rempah masakan dan produk bakeri.

    Acara berkenaan adalah salah satu inisiatif KSSUP untuk mendukung pengusaha agrimakanan tempatan dalam membantu mereka meningkatkan pengeluaran, mengembangkan saluran pasaran produk dalam rantaian bekalan dan mewujudkan jaringan perhubungan (networking) yang lebih luas.

    Keluaran industri agrimakanan tempatan telah mencapai peningkatan sebanyak 9 peratus yang bernilai $164 juta pada 2021 berbanding $150 juta pada 2020.

    Pada masa ini, sebanyak 397 buah syarikat agrimakanan berdaftar di bawah Jabatan Pertanian dan Agrimakanan terdiri daripada pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang mengeluarkan produk tambah nilai dan proses dari hasilan ternakan dan tanaman serta produk makanan dan minuman proses.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...