Pengusaha jual nanas dalam talian ketika PKP

BATU PAHAT, 11 MEI – Nanas dan sambutan Aidilfitri sememangnya tidak dapat dipisahkan memandangkan ia bahan utama untuk menghasilkan beberapa jenis kuih-muih apabila perayaan itu tiba.

Bagaimanapun, penjualannya terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan sebilangan pekebun tanaman itu mengambil inisiatif untuk menukar kaedah jualan demi kelangsungan hidup.

Pengusaha tanaman nanas Mohd Fairuz Mohd As’ari berkata setelah 10 tahun menanam nanas di kebunnya di Jalan Muar-Air Hitam, di sini, inilah kali pertama beliau menjual kebanyakan hasil tanamannya secara dalam talian berbanding menjual kepada pemborong dan pembekal sebelum ini.

“Pada mulanya saya agak kekok untuk melaksanakan perniagaan secara dalam talian termasuklah kaedah promosi nanas dengan menggunakan beberapa laman sosial dan aplikasi telefon pintar, namun setelah hampir dua bulan, ia sudah menjadi rutin dan lebih memudahkan. – Bernama

Mohd Fairuz Mohd As’ari menunjukkan nanas jenis Morris yang ditanam di kebun miliknya di Jalan Muar-Air Hitam, dan dijual secara dalam talian sejak pelaksanaan PKP. – Bernama