Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pengusaha taska didenda RM7,000 tampar kanak-kanak 2 tahun

    KUALA LUMPUR, 3 OGOS – Seorang pengusaha taska didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Jun lepas.

    Hakim Emelia Kaswati Mohamed Khalid menjatuhkan hukuman itu ke atas Azlinawaty Julaihi, 41, selepas dia mengaku bersalah dengan menampar kanak-kanak berkenaan beberapa kali sehingga bengkak di kedua belah bahagian mata dan lebam di bahagian kanan tulang pipi dalam kejadian di sebuah taska di Jalan Dato’ Senu, di sini pada 12:30 tengah hari, 15 Jun lepas.

    Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

    Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Dia membayar denda itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...