Peniaga diingatkan hati-hati sindiket penipuan dalam talian

KUALA LUMPUR, 19 APRIL – Peniaga kecil serta usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dinasihatkan agar berhati-hati terhadap  kegiatan sindiket penipuan dalam talian yang aktif ketika ini susulan  pelbagai dana dan bantuan kewangan ditawarkan kerajaan serta pihak bank kepada mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, setiausaha agung Persatuan Institusi-Institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM), Mohd Prasad Hanif berkata sindiket yang sedang berleluasa itu mengambil kesempatan untuk memperdayakan golongan tersebut. – Bernama