Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Peniaga makanan boleh naikkan harga asalkan tidak mencatut

    KUCHING, 21 JAN – Susulan harga barangan mentah yang semakin meningkat, peniaga makanan dibenarkan untuk menaikkan harga jualan mereka dengan syarat tiada sebarang unsur mencatut, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid hari ini.

    Beliau berkata terdapat keluhan dan rungutan daripada para peniaga yang mengatakan barang makanan yang dijual mereka terpaksa dinaikkan harga, kerana barang mentah yang mereka terima hari ini sudah terlalu tinggi.

    “Mereka (peniaga) boleh menaikkan harga, tetapi keuntungan yang dapat tidak boleh terlalu tinggi. Peniaga memang mahu untung tapi janganlah melampaui keuntungan yang sebenarnya.

    “Kita lakukan sesi libat urus dan di kementerian kita menjaga dari sudut perdagangan dan pengguna.

    “Kita mahu peniaga berniaga dengan beretika dan pengguna tidak teraniaya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Rosol berkata demikian selepas meninjau pelaksanaan dan pematuhan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) di Pasar Komuniti Stutong yang telah bermula sejak 7 Disember lalu sehingga 4 Februari depan.

    Turut hadir Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng. – Bernama

    Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid ketika meninjau pelaksanaan dan pematuhan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) di Pasar Komuniti Stutong yang telah bermula sejak 7 Disember lalu sehingga 4 Februari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...