Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Peningkatan kes dijangkakan, orang ramai diingatkan buat ART

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MEI – Peningkatan kes dalam beberapa hari kebelakangan ini telah dijangkakan dan tidak menghairankan apabila perkumpulan dibenarkan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Perkara yang penting ialah orang ramai melakukan ujian pantas antigen (ART) bagi mengetahui keadaan diri sendiri sama ada positif atau sebaliknya dan seterusnya mengambil tindakan untuk membuat pengasingan diri.

    Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato juga menjelaskan, jika seseorang yang mempunyai gejala telah mendapati keputusan saringan ART negatif, mereka sepatutnya terus membuat pengasingan diri di rumah masing-masing dan tidak membuat sebarang perjalanan.

    Sehubungan itu, mereka digalakkan untuk melakukan saringan ART pada hari-hari berikutnya kerana keputusan yang negatif tidak bermakna keputusan yang sama akan dikesan pada hari berikutnya, tambah Yang Berhormat Dato.

    Selain itu, ujar beliau lagi, orang ramai perlu ingat bahawa gejala demam itu bukan semestinya petanda COVID sahaja tetapi juga boleh jadi disebabkan oleh flu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...