Peningkatan paras air laut ancam keselamatan rumah api

MAURICE RIVER TOWNSHIP, N J – Paras air laut yang semakin naik dan hakisan telah mengancam rumah api di sekitar Amerika Syarikat dan dunia.

Para sukarela dan pihak kerajaan yang berhadapan dengan masalah kewangan memang telah berusaha untuk melakukan apa yang termampu, namun tahap kebimbangan mereka juga turut meningkat sebagaimana dengan keadaan air.

Rumah api East Point New Jersey telah menerangi Teluk Delaware dalam tempoh selama dua dekad.

Namun kawasan perairan sama yang telah diterangi dengan bantuan rumah api itu juga mungkin berhadapan dengan tempoh pengakhirannya.

Malah dengan usaha pemulihan yang berlangsung dalam tempoh sederhana turut berkemungkinan menelan kos perbelanjaan sebanyak AS$3 juta atau lebih dan para pegawai New Jersey sedang berusaha untuk mempertimbangkan mengenai apa yang hendak dilakukan untuk menyelamatkan rumah api itu.

Presiden Maurice River Historical Society, Nancy Patterson, berkata sesuatu usaha sememangnya perlu untuk dilaksanakan sekarang.

Kerajaan negeri dan setempat secara rutin menopang keliling rumah api dengan beg-beg pasir seberat 3,000 pound dan dengan tergesa-gesa meratakan dinding-dinding tanah.

Pada keadaan biasa, teluk itu adalah kira-kira 37 meter dari rumah api; gambar-gambar satelit dari tahun 1940 jelas menunjukkan sekurang-kurangnya empat kali ganda lebih banyak pantai antara rumah api dan teluk berbanding sekarang.

Sekumpulan individu telah berusaha untuk menganjurkan kempen pemuliharaan dan penjagaan rumah api daripada terus diancam oleh peningkatan paras air laut. – AP
Peningkatan paras air laut dan hakisan tanah secara tidak langsung mengancam keselamatan kebanyakan struktur rumah api di AS. – AP

Pada waktu ribut, buih ombak menghempas dinding-dinding tanah sehingga pada paras 9 meter dari tangga hadapan rumah api.

“Rumah api ini berdepan dengan ancaman besar yang semakin teruk dan teruk. Paras air betul-betul meningkat di situ dan kerap berada pada jarak sekaki rumah api,” jelas Patterson.

Baru-baru ini dia mengetuai perhimpunan save-the-lighthouse (selamatkan rumah api) untuk menarik perhatian kepada nasibnya dan menggesa jabatan kerajaan, Jabatan Perlindungan Persekitaran supaya melakukan sesuatu untuk menyelamatkan sebelum keadaannya akan berubah untuk menjadi pada fasa yang lebih teruk.

Itu adalah ancaman yang boleh menjejaskan rumah api di seluruh negara dan dunia, termasuklah rumah api di kawasan rendah yang ditenggelami oleh air, dan juga yang berada di atas cenuram atau tebing tinggi yang terhakis oleh ribut dan paras air laut yang semakin naik.

“Ia juga berlaku pada kadar yang lebih cepat dari apa yang dapat dijangkakan oleh sesiapa pun,” ujar Jeff Gales, Pengarah Eksekutif Pertubuhan Rumah Api AS di Hansville, Washington.

Ketika sesetengah rumah api terus bergantung pada pengemudian, yang lain telah digantikan dengan teknologi yang lebih moden dan kami lebih dihargai kerana tujuan sejarah dan pelancongan.

Perubahan iklim yang dipercepatkan oleh gas rumah hijau buatan manusia bukan hanya mencairkan ais kutub, dengan menambah paras air laut, tetapi suhu air yang lebih meningkat turut memperluaskan kawasannya sehingga menjadikan beberapa kawasan darat menjadi karam.

Di seluruh dunia, paras air laut telah naik mengatasi abad lalu, menurut Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan menjelaskan bahawa kadar air laut telah meningkat dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan ini.

Di New Jersey, paras air laut juga dilaporkan meningkat sehingga paras 0.4 meter dalam tempoh 100 tahun lalu, menurut Benjamin Horton, seorang profesor Universiti Rutgers yang juga merupakan seorang pakar yang terkenal tentang perubahan iklim dan kenaikan paras laut. Itu adalah kadar yang lebih cepat berbanding daripada gabungan 2,000 tahun lalu,” ujarnya.

Horton dan penyelidik-penyelidik Rutger yang lain meramalkan bahawa menjelang 2050 lautan di New Jersey akan meningkat dengan tambahan 0.4 meter.

Tim Harrison adalah editor Lighthouse Digest, sebuah syarikat penerbitan yang beribu pejabat di Maine yang mengeluarkan ‘Senarai perkara yang tidak baik akan berlaku’ bagi 53 buah rumah api di sekitar AS yang dianggap berada dalam keadaan bahaya dan berpotensi untuk hilang disebabkan oleh ribut, hakisan atau punca-punca lain.

“Rumah api dibina bagi satu tujuan iaitu untuk menyelamatkan nyawa. Kini tiba pula giliran kita untuk menyelamatkan rumah api ini,” ujar Harrison.

Paras air laut yang semakin meningkat juga telah memaksa pemindahan terhadap beberapa rumah api.

Dalam tahun 1999, Perkhidmatan Taman Negara telah memindahkan Rumah Api Cape Hatteras di Buxton, Utara Carolina, 2,900 kaki di pedalaman yang menelan kos perbelanjaan sebanyak AS$11.8 juta.

Sementara itu, dalam tahun 1993, Rumah Api Tenggara di Block Island, Rhode Island, telah dipindahkan 300 kaki di pedalaman.

Pada tahun 2014, Rumah Api Cape San Blas telah dipindahkan dari tepi semenanjung yang cenderung dilanda ribut di Pantai Teluk Florida, ke sebuah taman di Port St Joe.

Setahun kemudian Rumah Api Gay Head di Ladang Anggur Martha, Massachusetts pula telah dipindahkan 129 kaki ke belakang dari cenuram yang terhakis.

Yang lain ternyata tidak bernasib baik. Rumah Api Galveston Jetty di Texas dan Rumah Api Sabine Bank di Louisiana telah hilang akibat ribut dan paras air laut yang meningkat dan Rumah Api Kauhola Point di Big Island, Hawaii telah dirobohkan selepas berlaku hakisan di kawasan berhampiran yang dianggap terlalu teruk untuk diselamatkan, menurut Harrison.

Rumah Api di sekitar kawasan Negara telah dianggap berada dalam keadaan bahaya berikutan daripada keadaan air laut yang semakin meningkat naik yang termasuklah Rumah Api Sand Island di muara Teluk Mobile di Alabama, Rumah Api Morris Island dekat Charleston, South Carolina dan Rumah Api New Point Comfort di Virginia.

Di seluruh dunia, air laut yang semakin masuk ke daratan semakin menghampiri Rumah Api Orfordness di Suffolk, England; Rumah Api Troubridge Island di Australia Selatan; dan Rumah Api Kiipsaar di Estonia dalam tahun 2010, Rumah Api Half Moon Caye di Belize juga dilaporkan musnah akibat ribut.

Terdapat beberapa soalan mudah, dari segi kewangan dan saintifik.

Rumah Api East Point telah pun berada di sekitar semenanjung tertinggi yang hanya beberapa inci di atas paras laut, justeru itu memindahkannya bukanlah menjadi satu pilihan, dan tidak juga pembuangan lebih banyak pasir di hadapannya.

Patterson mahukan sejenis dinding sekat atau perintang dibina antara teluk dan rumah api untuk melemahkan kekuatan ombak.

Larry Hajna, jurucakap Jabatan Perlindungan Persekitaran New Jersey, mengakui rumah api ‘amat mudah terjejas oleh ribut disebabkan oleh hakisan’ selama bertahun-tahun.

Dan dia turut menyedari bahawa beg-beg pasir yang diletakkan di pinggir laut adalah langkah sementara yang terbaik.

Namun sementara menegaskan keinginan kerajaan untuk menyelamatkan rumah api, dia menyatakan bahawa memindahkan atau melindunginya dengan kurungan berisi batu besar menelan kos yang mencecah nilai berjuta-juta dolar.

Berikutan daripada kos tinggi untuk memindahkan atau melindungi rumah api, kumpulan pemulihara sukarela kerap berkerjasama dengan pihak kerajaan untuk mengekalkannya, malah sebuah kumpulan juga pernah membelanjakan kira-kira AS$5 juta pada Rumah Api Morris Island di South Carolina.

Dan kerajaan-kerajaan yang berhadapan dengan masalah kewangan kerap tidak mampu untuk memperuntukkan dana bagi menyelamatkan rumah api.

Patterson, penyokong rumah api New Jersey berkata perintang perlu dibina segera berhampiran dengan rumah api di East Point.

“Sejarah ini penting. Kita perlu melakukan sesuatu sekarang sementara masih ada sesuatu untuk diselamatkan,” ujarnya. – AP