Sunday, December 8, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peningkatan ringgit tidak jejaskan ketibaan pelancong

    PADANG RENGAS, 7 Jan – Jumlah ketibaan pelancong asing di negara ini tidak akan terjejas walaupun ringgit meningkat lebih tinggi kepada paras 3.99 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

    Beliau berkata, ini memandangkan kuasa beli pelancong asing termasuk Singapura masih tinggi iaitu tiga kali ganda, apabila mereka berkunjung ke Malaysia.

    “Pelancong suka dengan keadaan cuaca negara kita yang amat baik, pemandangan yang cantik dan makanan, yang menjadikan mereka suka berkunjung ke negara ini,” katanya kepada pemberita selepas program penerangan isu-isu semasa di Lubok Merbau di sini, hari ini.

    Mohamed Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan nilai ringgit yang ditutup tinggi pada 3.99 berbanding dolar AS akan mengurangkan jumlah ketibaan pelancong asing di Malaysia. Ringgit ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh 17 bulan apabila mencecah 3.9950/0000 berbanding dolar AS pada Jumaat. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda