Peningkatan sistem PSCR bakal dilaksanakan tahun depan

Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Pejabat SPA) merujuk kepada surat ‘PSC Recruitment System Needs to be Improved for Public’s Benefit’ oleh Improve The PSC System, yang diterbitkan dalam ruangan Opinion Borneo Bulletin pada 27 November lalu.

Pejabat SPA ingin mengucapkan terima kasih kepada penulis kerana memberikan komen dan cadangan serta menyesali berikutan pengalaman penulis mengenai sistem pengambilan PSC (PSCR).

Dalam perkara ini, kami ingin memaklumkan kepada penulis dan orang ramai bahawa peningkatan sistem PSCR sedang dirancang dan bakal dilaksanakan pada tahun depan. PSCR yang baharu akan dinaiktaraf dan mengambil masa kira-kira 10 bulan untuk berkembang.

Sementara itu, kami juga ingin berkongsi bahawa PSCR merupakan satu sistem yang disediakan untuk menggantikan proses manual pengambilan dalam sektor kerajaan. Sejak diperkenalkan pada bulan Mac 2015, Pejabat SPA mencatatkan peningkatan daripada 11,039 kepada 62,376 atau enam kali ganda dari segi bilangan pengguna berdaftar dalam PSCR pada bulan November 2019.

Bagi penulis, kami ingin mengalu-alukan beliau untuk datang ke kaunter perkhidmatan kami di tingkat 1, bangunan SPA di mana kaunter akan dibuka setiap hari Isnin hingga Khamis serta Hari Sabtu bermula pada pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan dari 1:45 petang hingga 3:30 petang.

Sebagai cara alternatif, Pejabat SPA boleh dihubungi melalui Unit Hal Ehwal Awam dan Perhubungan Pelanggan melalui talian +6737371961 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel di [email protected] atau hubungi di talian Darussalam 123 serta laman web SPA, www.recruitment.gov.bn. – Setiausaha Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam