Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 April – Akibat menipu jurujual barang kemas, seorang lelaki tempatan dan anak saudaranya dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini.
Jaluddin bin Haji Tiga, 45, yang mempunyai rekod jenayah dijatuhi hukuman 20 bulan penjara manakala itu, Suzinah @ Susilawati binti Hassan, 31, pula dipenjarakan selama 10 bulan selepas mengaku bersalah menipu jurujual barang kemas dengan mendakwa gelang dan rantai emas yang hendak dijual itu adalah tulen.
Hukuman terhadap kedua-dua tertuduh dijatuhkan oleh Ketua Majistret Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli.
Kedua-dua tertuduh memperolehi wang $2,450 hasil daripada menjual barang kemas palsu tersebut.
Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di kedai emas di ibu negara pada 27 Mac, 1 dan 3 April 2017.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Emily Goh.