Penipuan: Dua lelaki tempatan ditahan
SIBU, 5 Mac – Dua lelaki tempatan ditahan di sini hari ini berhubung kes penipuan pekerjaan melibatkan lapan lelaki yang sebelum ini dilaporkan terkandas di Monrovia, Liberia. Kedua-dua suspek berusia 53 dan 60 tahun itu masing-masing ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Sibu di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu dan di sebuah rumah di

































