Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Penipuan online: Kerugian lebih RM1.61 bilion

    KUALA LUMPUR, 14 MAC – Sebanyak 51,631 kes penipuan dalam talian melibatkan kerugian lebih RM1.61 bilion yang dilaporkan dari 2019 hingga tahun lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Jonathan Yasin berkata kes belian dalam talian mencatatkan kes tertinggi sebanyak 18,857 kes, diikuti kes pinjaman tidak wujud sebanyak 15,546 kes.

    “Pelbagai usaha dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani sindiket termasuk meningkatkan penguatkuasaan undang-undang, pengoperasian dan menjalankan pendakwaan terhadap mereka yang terlibat.

    “Kita juga wujudkan ‘CCID Scam Response Center’ dan orang ramai boleh membuat panggilan untuk mendapatkan maklumat dan kesahihan panggilan bagi sebarang transaksi yang meragukan,” katanya menjawab soalan Su Keong Siong (PH-Kampar) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

    Su ingin tahu secara terperinci mengenai statistik kes penipuan pembelian dalam talian bermula 2019 sehingga tahun lepas serta langkah diambil bagi membendung masalah itu supaya tidak menjejaskan kerancakan urus niaga bentuk baharu.

    Jonathan berkata pihaknya sentiasa merancang, menjalankan kajian dan menyemak semula undang-undang yang dikuatkuasakan bagi memastikan ia sentiasa relevan dengan perkembangan dan isu semasa.

    “Kita akan kaji semula peraturan Akta Perlindungan Pengguna 2007 sekiranya dapat membendung segala jenis jenayah yang berlaku dalam negara ini,” katanya.

    Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) yang ingin tahu sama ada terdapat keperluan untuk undang-undang penguatkuasaan dipinda atau dikemas kini supaya relevan dengan cabaran semasa. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...