Penipuan saham, 12 diberkas

HONG KONG, 5 MAC – Polis Hong Kong hari ini mengatakan mereka memberkas 12 orang disyaki melakukan penipuan saham ramp and dump dalam satu siri serbuan di kediaman kejiranan mewah.

Siasatan awal oleh Suruhanjaya Securiti dan Dagangan Hadapan (SFC) membawa kepada pembekuan sejumlah HK$900 juta (AS$116 juta) aset.

Dalam satu sidang media ringkas hari ini, pihak berkuasa mengatakan tujuh lelaki dan lima perempuan ditahan kerana memanipulasi pasaran, penggubahan wang haram dan tuduhan penipuan.

Mereka dituduh menggunakan aplikasi mesej popular termasuk WeChat untuk menjalankan penipuan memanipulasi pembelian saham dan menghapuskannya dengan cara beberapa saham dinaikkan harganya. Mereka kemudian mengatakan ia untuk dijual melalui media sosial sebelum tiba-tiba sudah dijual, membuatkan pelabur lain rugi. – AFP