LONDON, 10 Ogos – Kepa Arrizabalaga percaya penjaga gol akhirnya mendapatkan pujian yang selayaknya selepas Chelsea membayar 80 juta euro bagi mendapatkan khidmat penjaga gol itu dari Athletic Bilbao.
Perpindahan penjaga gol Sepanyol itu dibuat hanya beberapa minggu selepas Liver-pool memecahkan rekod perpindahan bernilai 72.5 juta euro dari pemain antarabangsa Bra-zil, Alisson Becker dari Roma.
Pada musim panas yang didominasi dengan perpindahan besar penjaga gol, Chelsea tergesa-gesa bagi mendapatkan persetujuan bagi Kepa, 23, selepas Thibaut Courtois menyertai Real Madrid bagi 35 juta euro.
Arsenal juga membelanjakan pemain nombor satu yang baharu selepas membelanjakan 19 juta pound ke atas Bernd Leno dari Bayer Leverkusen.
“Ia adalah menarik bahawa bayaran besar dibayar untuk pemain penyerang dan pemain lain, tetapi mengapa tidak bagi penjaga gol? Ia adalah cara yang baik untuk mengakui penjaga gol yang bagus,” kata Kepa semalam ketika dia didedahkan di Stamford Bridge.

Kepa memiliki pengalaman yang terhad bagi tag harga besar seperti itu namun belum beraksi dalam Liga Juara-juara atau membuat kemunculannya bagi Sepanyol pada peringkat antarabangsa.
Tetapi dia menegaskan dia tidak berasa bimbang dengan tumpuan terhadap penjaga gol termahal dunia atau menukar budaya dalam berpindah ke Liga Perdana.
“Dari segi harga dan saya adalah penjaga gol termahal dunia. Ia adalah sesuatu yang tidak saya fikirkan,” katanya.
“Saya hanya memikirkan mengenai diri saya, sama seperti biasa dan cuba untuk memberikan yang terbaik kepada kelab.
“Tidak terdapat tekanan tambahan ke atas saya. Satu-satunya tekanan yang saya alami adalah tekanan yang saya letakkan ke atas diri saya. Saya seorang pemain yang meminta banyak dari diri saya.” – AFP