Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    Penjaga pesakit tidak perlu lagi kuarantin

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MEI – Berikutan pengemaskinian dasar lawatan di kesemua hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan yang telah diumumkan, penjaga pesakit dibenarkan untuk masuk dan menjaga pesakit tanpa perlu menjalani kuarantin seperti sebelumnya.

    Kini para penjaga boleh menjaga pesakit secara berganti dengan penjaga lainnya dengan syarat mereka melakukan ujian pantas antigen (ART) pada hari tersebut dan menunjukkan keputusan yang negatif.

    Misalnya seorang penjaga, menjaga pesakit dari pukul 8 pagi hingga 8 malam dan penjaga lainnya dari 8 malam hingga 8 pagi berikutnya.

    Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Pada masa yang sama, Yang Berhormat Dato turut menyentuh mengenai kebenaran suami untuk menemani isterinya di bilik bersalin dengan syarat melakukan ART terlebih dahulu dan menunjukkan keputusan negatif.

    Yang Berhormat Dato seterusnya mengingatkan bahawa lawatan yang telah dibenarkan pada ketika ini juga masih dihadkan kepada hanya dua orang pelawat pada satu masa sesi lawatan sahaja, misalnya hanya dua orang pelawat akan dibenarkan melawat pesakit semasa waktu melawat pada sebelah tengah hari dan dua orang pelawat lagi akan dibenarkan untuk melawat pesakit pada waktu melawat seterusnya pada sebelah petang atau malam.

    Para penjaga pesakit di kesemua hospital kerajaan kini boleh menjaga pesa-kit secara berganti dan tidak perlu lagi menjalani kuarantin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -