Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Penjaga sekolah pimpin pasukan catur di Maine

    Gambar AP

    HAMPDEN, MAINE – David Bishop menghabiskan hari persekolahan sebagai penjaga sekolah, tetapi sebelum loceng berbunyi, dia akan mengambil papan dan keping caturnya serta memulakan peranan keduanya.

    ‘The Queen’s Gambit’ berlaku dalam kehidupan sebenar di Maine, di mana penjaga sekolah itu melatih pasukan catur sekolah untuk mendapat gelaran.

    Seorang jurulatih catur sambilan dan penjaga sekolah sepenuh masa, Bishop memimpin pasukan sekolah rendah dan menengah untuk meraih gelaran juara negera tahun ini, membuat perbandingan dengan siri Netflix tentang seorang pemain catur berbakat yang dinspirasikan oleh seorang pembersih.

    Beberapa pemainnya cukup bagus sehingga mampu mengalahkan jurulatih mereka, dengan bangganya mengisytiharkan “checkmate!”

    “Pada mulanya, ia memalukan dan melemahkan semangat, tetapi ia tidak mengambil masa yang lama untuk saya menyedari itu merupakan perkara yang baik. Mereka semakin meningkat,” kata pemain berusia 61 tahun itu.

    Jurulatih dan penjaga sekolah, David Bishop mencabar Owen Isenhour yang berada di ting- katan 6 semasa latihan selepas sekolah di Hampden, Maine, 25 April.
    Ahli pasukan catur Sekolah Menengah Reeds Brook berlatih di perpustakaan Akademi Hampden, Maine.
    Pelajar sekolah Menengah Reeds Brook, Eli Marquis memberi reaksi semasa perlawanan pasukan catur selepas sekolah di Hampden, Maine.

    Di seluruh negara, catur sedang mengalami gelombang populariti baharu, dan ia bukan hanya kerana siri mini Netflix yang popular berdasarkan buku pada 1983 diterbitkan oleh Walter Tevis.

    Semasa pandemik, semakin ramai kanak-kanak terpaksa tinggal di rumah untuk tempoh yang lama dan mereka melayani ke Chess.com untuk menghilangkan kebosanan. Laman sesawang dan aplikasi ini membolehkan mereka yang mempelajari permainan, bermain menentang satu sama lain atau melawan komputer, dan mendapatkan berita mengenai catur.

    Laman sesawang tersebut mempunyai 1.5 juta pengguna harian pada Februari 2020, sejurus sebelum wabak melanda Amerika Syarikat (AS) secara keseluruhannya.

    Tetapi ia meningkat kepada 4.5 juta menjelang akhir 2020. Ia telah mencecah 10 juta menjelang Januari tahun ini. Jumlah pengguna berdaftar hampir empat kali ganda kepada 123 juta, kata syarikat itu.

    Peminat catur juga menonton video pakar catur yang mengajarkan strategi dan siaran langsung pemain catur terkenal bermain.

    “Apa yang kita lihat adalah tempoh ledakan yang belum pernah berlaku sebelumnya, tidak seperti sebelum ini,” kata jurucakap Chess.com, Leon Watson “Sudah pasti rasanya seperti catur sedang diminati.”

    Di Hampden, kejayaan Bishop membimbing pasukan disusuli dengan berita gembira.

    Dia merasa letih dengan pekerjaan-nya dalam industri telekomunikasi dan mengambil pakej persaraan awal pada usia 50 tahun. Dia sedang meneroka peluang baharu dalam bidang itu selepas tidak bernasib baik apabila seseorang memberitahunya tentang pekerjaan penjaga sekolah. Dia berfikir ia akan mengurangkan tekanan.

    Dia tidak mengetahui mengenai kelab catur setelah dia mula bekerja pada tahun 2013. Dia mula menjadi sukarelawan di kelab catur di Sekolah Menengah Reeds Brook, dan kemudian di Sekolah Rendah George B. Weatherbee.

    Bishop belajar bermain catur dengan cara lama, dengan papan catur keluarga dan dengan bereksperimen menggunakan kepingan papan: bidak, bishop, kuda, tira, ratu dan raja.

    Dia bermain dengan saudara-maranya, mempelajari gerakan untuk memerangi raja lawannya, objek permainan.

    Pada usia 10 tahun, dia dengan penuh minat mengikuti pertandingan di mana pakar catur Amerika, Bobby Fischer mengalahkan Boris Spassky dari Kesatuan Soviet pada tahun 1972.

    Walaupun Bishop meminati catur dan mahir, dia tidak menyertai kelab catur sekolah menengahnya, bimbang dia akan diidentifiksasi sebagai ulat buku. Sekarang dia menyesalinya.

    Hari ini, hasil daya tarikannya yang semakin meningkat, stereotaip tersebut tidak lagi terpakai.

    Baru-baru ini, terdapat desas-desus di perpustakaan Sekolah Menengah Reeds Brook tempat kelab catur berkumpul.

    Pasukan Bishop baharu sahaja mewakili Maine dalam kejohanan kebangsaan di Texas, dan mereka mendapat tempat kelapan daripada 52 pasukan. Pasukan sekolah rendah bertanding hujung minggu ini dalam kejohanan kebangsaan di Maryland.

    Para pelajar dengan segera menyimpan beg mereka, duduk di meja perpustakaan dan mememulakan perlawanan.

    Mereka yang tidak aktif bermain memerhatikan pergerakan pemain dengan teliti.
    Eli Marquis, 12, mengatakan bahawa para pemain catur sentiasa mempelajari kemahiran dan taktik baharu seperti gerakan pembukaan dan penamat yang memungkinkan mereka untuk meningkat dan memastikan mereka tidak bosan.

    “Awda tidak akan pernah kehabisan perkara untuk dipelajari dan dilatih dan melakukannya, dan awda boleh terus menjadi lebih baik selagi awda berlatih. Tiada penghujungnya. Sungguh,” katanya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...