Penjagaan rambut bagi lelaki

Berkemungkinan anda pernah berjumpa dengan seseorang yang mempunyai wajah yang tampan akan tetapi apabila melihat penampilan rambutnya, memang dia mendapat markah paling rendah.

Agak rugi kalau anda dianugerahkan wajah yang tampan akan tetapi tidak pandai menjaga rambut. Buanglah mentaliti yang fikir bahawa lelaki tidak perlu menjaga kesihatan rambut. Anda pernah lihat bintang Hollywood? Lihat sahaja pelakon-pelakon hebat seperti Chris Hemsworth, Brad Pitt, Tom Cruise dan ramai lagi. Walaupun ada yang sudah berumur setengah abad akan tetapi gaya rambut mereka masih steady dan hebat.

Ada yang beranggapan bahawa dengan duit, anda boleh membeli apa sahaja termasuklah rambut yang cantik. Memang betul, tetapi itu bukan alasan bagi kita untuk terus membiarkan rambut tidak terurus.

Tahukah anda bahawa apakah rahsia bintang Hollywood dalam menjaga rambut mereka yang sentiasa nampak kemas, sihat dan bersinar?

Jangan terlalu kerap basuh

Ini antara kesalahan mudah yang banyak dilakukan oleh lelaki. Usah terlalu kerap menggunakan syampu yang mempunyai bahan kimia setiap hari. Cukuplah dalam seminggu anda mencuci rambut menggunakan syampu sekadar tiga atau empat kali sahaja.

Agak rugi kalau anda dianugerahkan wajah yang tampan akan tetapi tidak pandai menjaga rambut. – Agensi

Keringkan dengan baik

Jangan sesekali menggosok rambut anda dengan tuala dengan kasar. Dalam kondisi rambut yang basah adalah terdedah untuk rosak dengan mudah.

Keringkan rambut dengan cara lap secara perlahan-lahan.

Sikap rambut dengan baik

Jika rambut anda semakin menipis, carilah saja potongan rambut yang sesuai. Tidak perlu sembunyikan kawasan bertompok yang nipis dengan menyikat rambut ke sebelah kawasan itu. Ia bukan sahaja buruk malah ia akan membuatkan anda nampak macam terdesak melakukan sedemikian rupa.

Menggunakan telur

Memang betul, telur mempunyai banyak khasiat seperti protein dan mineral. Sekali-sekala anda boleh menggunakan kuning telur sebagai perapi semula jadi. Biarkan ia menyerap masuk ke bahagian liang folikel rambut anda.

Jauhkan rambut anda dari klorin

Kandungan klorin terutamanya di kolam renang merupakan ramuan tidak baik untuk rambut anda. Ini kerana ia boleh membuatkan rambut anda menjadi kering dan menggeras. Jika anda ingin mandi di kolam renang, gunakanlah penutup kepala atau sapukan sedikit perapi. – Agensi