BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Seorang lelaki terpaksa menjalani hukuman penjara 24 minggu apabila gagal membayar denda $3,200 yang dijatuhi Mahkamah Majistret, hari ini, atas tuduhan gagal melaporkan diri ke Biro Kawalan Narkotik semasa di bawah pengawasan.
Mohd Amir Rashid Alislam bin Abdul Rahman mengaku bersalah atas lapan pertuduhan tersebut manakala 15 lagi tuduhan ke atasnya diambil pertimbangan oleh mahkamah ketika menjatuhkan hukuman.
Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memerintahkan hukuman tertuduh bermula pada hari pertama dia ditahan reman iaitu 12 September 2017.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Narkotik, Ahmad Faez Anwar.