Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjara 4 bulan kerana pecah amanah

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Seorang pemandu di sebuah kedai buku yang mengaku bersalah atas tuduhan pecah amanah membabitkan wang $4,181.10 dijatuhi hukuman empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

    Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memerintahkan hukuman ke atas Jeffrey Munoz San Miguel, 33, dari Filipina dikuatkuasakan bermula hari pertama dia ditahan reman, 11 Januari 2018.

    Mengikut fakta kes, tertuduh pergi ke cawangan kedai buku di Daerah Tutong pada 4 Januari 2018 dan mengutip hasil jualan berjumlah $4,181.10 dan menandatangani buku log bagi pengesahan penerimaan wang.

    Tertuduh bagaimanapun tidak menghantar wang itu ke cawangan utamanya di Serusop.

    Tertuduh yang merasa bersalah dengan perbuatannya, telah berterus-terang dengan pengurusnya pada 7 Januari 2018 dan membayar balik sepenuhnya wang itu pada 7, 8 dan 9 Januari.

    Pengurusnya membuat laporan polis dan tertuduh mengakui telah melakukan pecah amanah tersebut.

    Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Yvonne Lim.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda