Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjara 9 bulan akibat gugurkan janin

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Seorang wanita warga Indonesia dijatuhi hukuman sembilan bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan menggugurkan kandungannya yang berusia empat bulan.

    Siti Khasanah berusia 39 tahun mengaku bersalah kerana menggugurkan kandungannya dengan mengambil pil.

    Tertuduh hanya mengetahui yang dia mengandung pada Jun 2017 selepas membuat pemeriksaan menggunakan alat ujian kehamilan.

    Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman menyifatkan tindakan tertuduh menggugurkan janinnya itu serupa dengan pembunuhan.

    Siti Khasanah yang bekerja di sebuah restoran mendakwa yang dia dan suaminya belum bersedia untuk mempunyai anak dengan alasan bahawa mereka berdua bekerja di negara asing dan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membesarkan anak.

    Tertuduh juga mendakwa yang dia bertindak untuk menggugurkan janin tersebut apabila mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerjanya.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Shamshuddin bin Haji Kamaluddin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda