Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Pasukan Penjara Brunei Darussalam, pimpinan Ali bin Haji Rashid telah menjuarai Kejohanan Golf Borneo Jabatan Penjara, yang berlangsung di Kelab Golf Pantai Mentiri, hari ini.
Pasukan Penjara Brunei Darussalam, yang meraih 278 pukulan, dianggotai oleh Ali, Haji Bahrin bin Haji Jumat, Nujaimi bin Haji Jumat dan Hamdani bin Mohd Salleh telah berjaya meningggalkan Pasukan Penjara Sabah, yang berada di tempat kedua, manakala Penjaga Sarawak terpaksa akur di tempat ketiga.
Hadir menyempurnakn penyampaian hadiah kepada barisan pemenang ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.
Sementara itu, Nurjimi Haji Jumaat muncul pemenang dalam Kategori Penjara-penjara Gross, diikuti oleh Korporal Andry Jefry dan pemenang ketiga ialah Sp Muhammad Redwan Wong.
Haji Bahrin juga bersaing dan mengungguli Kategori Penjara-penjara Borneo Nett dengan 68 pukulan menewaskan pesaing terdekatnya Ali dan Kpl Zulkifli Jaraee, yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

Sementara dalam Kategori Jemputan Penjara Gross pula dimenangi oleh Haji Shahminan bin Haji Damit selepas menepis saingan daripada Diny Kasim dan Morni bin Haji Ahmad untuk meraih gelaran juara.
Kategori Jemputan Penjara Nett pula menyaksikan Mohd Shah muncul pemenang menewaskan Hazwan Sayang, di tempat kedua dan Pengiran Haslini bin Pengiran Haji Kiply, akur di tempat ketiga.
Seruji Setia membuktikan kehebatannya apabila mengungguli Kategori VIP Gross apabila mengalahkan Haji Khairol bin Haji Jamluddin dan Pengiran Wahab bin Pengiran Haji Ibrahim yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Dalam Kategori VIP Nett, usaha Haji Jalauddin bin Haji Ghazali terbukti berhasil apabila muncul pemenang dengan mengatasi pemenang kedua dan ketiga, Haji Aminuddin bin OKMD Haji Sanin dan Haji Amir bin Haji Osman.