BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Sept – Seorang suami yang bertindak membakar rumahnya selepas ditinggalkan isteri, dihukum penjara dua tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Perantaraan, hari ini.
Hukuman dijatuhkan Hakim Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli terhadap Mohd Izzanuddin bin Abdullah Senang, 42, yang mengaku bersalah melakukan kerosakan dengan membakar rumahnya di Kampung Bukit Udal, Tutong kira-kira jam 6:10 petang pada 13 September 2013. (Klik di sini untuk berita lanjut)