Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Penjara khas untuk samseng dibuka

    SAN SALVADOR, 1 FEB – Presiden El Salvador, Nayib Bukele, semalam mengumumkan pembukaan penjara terbesar di benua Amerika, khusus bagi menempatkan kira-kira 40,000 samseng.

    Kebanyakan penjenayah terbabit ditahan semasa perisytiharan darurat Bukele ketika ‘perang’ beliau membanteras jenayah.

    Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan secara khusus bila pemindahan pertama banduan akan dilakukan, daripada hampir 63,000 anggota samseng yang kini ditahan oleh pihak berkuasa Salvador.

    Menurut Bukele, samseng yang dipenjarakan oleh kerajaan terdahulu mempunyai akses kepada pelacur, PlayStation, peralatan elektronik, telefon bimbit dan komputer di penjara lain.

    Bagaimanapun, menurut Timbalan Menteri Kehakiman, Osiris Luna, mereka yang ditahan di ‘Pusat Kurungan Pengganas’ baharu akan dipaksa bekerja.

    Penjara terbabit dibina di kawasan luar bandar terpencil berhampiran Tecoluca, kira-kira 74 kilometer ke tenggara ibu kota San Salvador, dengan kompleks penjara gergasi itu meliputi keluasan 166 hektar, kata Menteri Kerja Raya, Romeo Rodriguez.

    Menurut Rodriguez, ‘penjara terbesar di Amerika itu’ akan dikawal siang dan malam oleh 600 askar serta 250 polis. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...