Penjara Sabah berjaya hasilkan 17,000 set PPE

KOTA KINABALU, 30 APRIL – Sebanyak 17,000 set peralatan perlindungan diri (PPE) berjaya dihasilkan penghuni penjara di Sabah untuk kegunaan petugas kesihatan yang mengendalikan pesakit COVID-19 di negeri ini.

Pengarah Penjara Sabah dan Labuan Datuk Suria Idris berkata, seramai 130 penghuni penjara di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, dan Labuan terlibat dalam penghasilan set PPE berkenaan.

“Kita telah menerima tempahan menjahit sejak fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kesemua PPE berkenaan dijahit penghuni
penjara yang mengikuti bengkel jahitan,” katanya kepada pemberita selepas menerima bahan-bahan jahitan PPE daripada syarikat Kumpulan BTC Bhd di sini hari ini. – Bernama