Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Penjara setahun kerana terlibat rasuah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Mahkamah Majistret hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara selama setahun ke atas bekas pengurus kanan di salah sebuah syarikat telekomunikasi di negara ini kerana terlibat dalam kegiatan rasuah.

    Awang Zulkifli bin Haji Talip meminta untuk dibicarakan atas dua pertuduhan, tetapi didapati bersalah oleh Majistret Kanan Harnita Zelda Skinner.

    Mahkamah mendapati kes Timbalan Pendakwa Raya Hajah Suriana binti Haji Radin terhadap defendan adalah sudah terbukti salah.

    Berdasarkan siasatan Biro Mencegah Rasuah (BMR), telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan bahawa defendan telah cuba mendapatkan suapan dalam bentuk komisen sebanyak lima peratus daripada sebuah syarikat sebagai ganjaran kerana mengesyorkan syarikat itu bagi projek syarikat telekomunikasi berkenaan bernilai $923,593.60.

    Selain itu, defendan telah menerima suapan berjumlah $15,000 sebagai sebahagian bayaran komisen 5 peratus daripada jumlah nilai projek yang diberikan kepada syarikat berkenaan.

    Peguam bela Kamal bin Shaari mewakili defendan.

    Dalam hal ini, BMR mengingatkan orang ramai bahawa mana-mana ejen yang menerima atau cuba mendapatkan apa-apa jenis suapan sebagai dorongan atau ganjaran daripada mana-mana pihak berhubung dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya, adalah melakukan kesalahan serius yang boleh dihukum jika disabitkan dengan hukuman maksimum bagi setiap kesalahan denda $30,000 dan penjara selama tujuh tahun.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...