Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Penjawat awam dilarang luah pendapat di media sosial

    COLOMBO, 28 SEPT – Sri Lanka hari ini mengarahkan penjawat awam untuk tidak meluahkan pendapat mereka di media sosial selepas beberapa orang pegawai mendakwa murid-murid sekolah pengsan kerana kekurangan makanan disebabkan oleh krisis ekonomi yang teruk di negara itu.

    Dalam perintah terbaharu kepada 1.5 juta orang penjawat awam di negara itu, Kementerian Pentadbiran Awam dan Pengurusan berkata larangan bercakap kepada pemberita yang telah lama wujud kini dilanjutkan kepada siaran media sosial.

    “Meluahkan pendapat di media sosial oleh penjawat awam akan dikira melakukan kesalahan yang akan membawa kepada tindakan tatatertib,” menurut perintah tersebut.

    Ia susulan dakwaan daripada pegawai kesihatan wilayah dan guru-guru bahawa puluhan murid sekolah telah pengsan di sekolah kerana kekurangan makanan.

    Sejak penghujung 2021, kira-kira 22 juta orang penduduk Sri Lanka menderita akibat krisis ekonomi terburuk negara itu selepas kerajaan kehabisan mata wang dolar untuk mengimport barang-barang keperluan.

    Ini menyebabkan kekurangan besar-besaran dan kadar inflasi tidak rasmi kedua selepas Zimbabwe, serta bantahan yang membawa kepada pengusiran presiden Gotabaya Rajapaksa pada Julai lalu.

    Sementara itu, Menteri Kesihatan, Keheliya Rambukwella menafikan dakwaan kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak.

    Dia menuduh ‘unsur politik’ petugas kesihatan awam yang memburukkan keadaan.

    Walau bagaimanapun, Program Makanan Dunia mendedahkan dalam laporan terkini bahawa enam juta orang penduduk Sri Lanka – hampir satu pertiga penduduk – ‘kekurangan makanan dan memerlukan bantuan kemanusiaan’.

    Pengganti Rajapaksa, Ranil Wickremesinghe melancarkan tindakan keras terhadap pembantah antikerajaan dan melarang demonstrasi di ibu kota.

    Bulan ini, kerajaannya telah mencapai perjanjian bersyarat dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengenai jaminan bernilai AS$2.9 bilion.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...