Wednesday, February 19, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjelajahan si ‘batu, gunting dan kertas’

    ULASAN BUKU OLEH RAZ AS

     

    DREW Daywalt seorang penulis karya laris New York Times, The Day the Crayons Quit dan The Day the Crayons Came Home, bersama-sama Adam Rex, penulis dan pengilustrasi Frankenstein Makes a Sandwich, terbit sebuah buku bergambar lucu mengenai kisah permainan klasik batu, gunting dan kertas.

    Pasti ramai yang pernah bermain permainan ini, kini ketahuilah legenda bagaimana semuanya bermula.

    Satu ketika dahulu, di sebuah kerajaan yang bernama Kingdom of Backyard, tinggal pahlawan yang bernama Rock. Manakala di Empire of Mom’s Home Office pula terdapat pahlawan hebat yang mencari kemasyhuran melalui perlawanan bernama Paper. Pada masa yang sama di Kitchen Realm di sebuah kampung kecil, Junk Drawer, tinggal pahlawan ketiga yang diberi nama Scissors.

    Ketiga-tiga mereka merupakan pahlawan terhebat, terpintar dan terpantas di seluruh pelosok rantau tersebut. Berkali-kali mereka berjaya mengalahkan musuh-musuh hebat yang datang kepada mereka.

    Pasti ramai yang pernah bermain permainan klasik batu, gunting dan kertas ini. Kini ketahuilah legenda bagaimana semuanya bermula melalui buku The Legend of Rock Paper Scissors.
    Pasti ramai yang pernah bermain permainan klasik batu, gunting dan kertas ini. Kini ketahuilah legenda bagaimana semuanya bermula melalui buku The Legend of Rock Paper Scissors.

    Namun apabila ketiga-tiga pahlawan tersebut akhirnya bersemuka sesama mereka, terjadilah pertarungan terhebat yang tidak sudah-sudah. Oleh yang demikian kanak-kanak di seluruh dunia pada masa ini memainkan permainan batu, gunting dan kertas sebagai penghormatan kepada pahlawan-pahlawan hebat tersebut.

    Begitulah menurut buku The Legend of Rock Paper Scissors, jika anda mempercayainya dapatkanlah buku ini di pasaran untuk kepastian.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda