Penjelasan siasatan kereta terbakar

Merujuk kepada berita dan laporan mengenai kebakaran kereta yang sering berlaku hampir setiap hari. Apakah hasil siasatan yang telah dijalankan oleh pihak relevan setakat ini?

Kami sebagai pengguna juga perlu mengetahui apakah punca kebakaran yang dulu jarang terjadi, kini hampir setiap hari ada sahaja laporan mengenai kebakaran kereta ditularkan dalam media sosial.

Terdapat beberapa nasihat yang hanya mengatakan sentiasa membuat penyelenggaraan kereta, memilih pemasangan pendawaian daripada mekanik bertauliah dan sebagainya.

Walau bagaimanpun kami mahu pihak relevan memberikan penjelasan lebih terperinci mengenai punca dan penyebab sebenar kejadian kebakaran kereta.

Adakah ia berpunca daripada minyak atau bahan bakar yang digunakan atau adakah dari cecair penjimatan minyak yang sekarang ini semakin ramai yang mempromosikannya dalam media-media sosial yang kononnya ia dapat menjimatkan lagi penggunaan minyak atau sejenis cecair yang ditambah pada sistem enjin yang dapat melajukan lagi pemanduan dan sebagainya.

Diharap pihak berkenaan perlu memperluaskan lagi siasatan terperinci dan mengongsikan input daripada siasatan itu kepada umum agar kami tidak berdepan perkara yang sama!

Sila bersikap telus plz