Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Penjenamaan semula KNK

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Kempen Kenali Negara Kitani (KNK) telah diberi nafas baharu dengan Jabatan Kemajuan Pelancongan mengambil inisiatif membuat penjenamaan semula KNK.

    Penjenamaan semula KNK itu dilaksanakan dengan memberi wajah baharu kepada logo KNK, jelas Pemangku Pengarah Kemajuan Pelancongan, Dayang Salinah binti Haji Mohd Salleh dalam ucapan alu-aluannya pada Pelancaran Jerayawara KNK yang berlangsung di Times Square, Berakas, hari ini.

    Hadir menyempurnakan pelancaran jerayawara itu ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab.

    Majlis diteruskan dengan pelancaran jerayawara oleh Hajah Tutiaty dan diikuti dengan lawatan untuk mengetahui secara dekat pakej-pakej istimewa yang ditawarkan oleh agensi pelancongan, perhotelan dan penyedia-penyedia perkhidmatan pelancongan yang mengambil bahagian, antaranya pakej-pakej menyelusuri sungai (river cruise), staycation, pakej mendaki bukit, dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik yang berunsur experiential tour serta yang mengetengahkan makanan-makanan tempatan.

    Sebanyak 15 buah syarikat telah menyertai jerayawara KNK yang terdiri dari hotel-hotel, agensi-agensi pelancongan dan syarikat yang menawarkan sebanyak 84 pakej dan aktiviti sempena musim cuti persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.

    Orang ramai dialu-alukan hadir ke Jerayawara KNK bermula 26 Ogos hingga 28 Ogos di Times Square.

    Hajah Tutiaty semasa meninjau lebih dekat pakej-pakej istimewa yang ditawarkan oleh agensi pelancongan, perhotelan dan penyedia perkhidmatan pelancongan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...