Tuesday, January 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjenayah paling dikehendaki ditangkap di Miri

    MIRI, 24 Jun – Polis telah berjaya menahan seorang suspek lelaki tempatan yang paling dikehendaki kerana terlibat dalam pelbagai kes jenayah. Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah berkata, suspek berumur 30 tahun itu ditangkap di sebuah rumah di Jalan Taman Piasau pada 12:15 tengah hari semalam bersama pelbagai barangan dipercayai daripada kes pecah rumah.

    “Dengan tertangkapnya suspek, polis yakin berjaya menyelesaikan 15 kes pecah rumah serta curi kenderaan di bandar raya Miri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Lim berkata, selain kes pecah rumah serta curi kenderaan suspek juga dikehendaki untuk kes kesalahan berkaitan dadah dan ugutan jenayah.

    “Suspek telah ditahan reman selama seminggu untuk membantu siasatan bagi mengesan rakan-rakannya yang masih bebas,” katanya sambil menambah antara barangan dirampas ialah Mykad, kad kredit, kad debit milik mangsa pecah rumah serta peralatan yang digunakan untuk pecah rumah dan mencuri. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda